cari artis

Loading...

Sponsor

Sunday, November 13, 2011

Gambar Perkahwinan Lan A to Z & Siti Nur Ain (Apple Qiss)

majli-pernikahan-lan-a-to-z-dan-siti-nur-ain

Pasangan Norazlan Abdul Aziz dan Siti Nur Ain telah selamat disatukan di Masjid Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 11 November 2011 pada pukul 11 pagi semalam.

Norazlan Abdul Aziz, 42, atau lebih dikenali sebagai Lan A To Z yang menduda selama lebih empat tahun, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Siti Nur Ain Daud, 24, di sini hari ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, dekat sini pada pukul 11.20 pagi.

Pada majlis tersebut, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM11,111.00 iaitu sempena tarikh hari lahirnya yang ke-24, hari ini.

Lan yang dikenali melalui lagu Itik Gembo-Gembo dan Darjat memberitahu, dia mengenali isterinya itu sejak tiga tahun lepas.

“Mungkin disebabkan fobia kegagalan perkahwinan pertama membuatkan saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan berkahwin kali kedua.

majli-pernikahan-lan-a-to-z-dan-siti-nur-ain4

No comments:

Post a Comment

Followers

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner