cari artis

Loading...

Sponsor

Sunday, November 13, 2011

(GAMBAR)Majlis Perkahwinan Dira Abu Zahar Dan Helmi

gambarkahwindiraabuzahar

Pasangan Dira dan Helmi dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Manakala, pihak Helmi menerima 11 dulang antaranya coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Anizam Yussof manakala wajah Dira disolekkan oleh Zamri Zainol.

Majlis resepsi Dira dan Helmi ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL.

gambarkahwindiraabuzahar2gambarkahwindiraabuzahar3gambarkahwindiraabuzahar4

No comments:

Post a Comment

Followers

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner